
Top 4

In shaa Allah


Sajat ditahan imigresen Thailand,miliki kad UNHCR
PETALING JAYA: Selepas sekian lama “menghilangkan diri”, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 Sept lalu ketika berlindung di sebuah kondominium mewah di Bangkok.
Menurut laporan Harian Metro yang memetik sumber berkata, ketika serbuan imigresen Thailand, Sajat ditahan di kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita.
Mengikut sumber, usaha mengesan Sajat dilakukan Jabatan Imigresen Thailand selepas mendapat maklumat polis Malaysia dan pada 4 Jun lalu, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Sajat, iaitu di sebuah kondominium mewah di tengah Bangkok.
“Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia,” katanya.
Sajat kemudian dikatakan dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara itu.
Sumber memberitahu Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya ketika ditahan.
“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia seorang pelarian.
“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia,” katanya yang menambah Sajat memperoleh kad UNHCR dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.
Mengikut laporan itu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand pada 9 September atas kesalahan itu, bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan USD2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.
“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat,” katanya yang turut menambah Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.
Tambahnya lagi, meskipun dibebaskan dengan jaminan, Sajat diarahkan hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.
Sumber itu turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini.
▶️FREE MALAYSIA TODAY
20.09.2021






Von voyage dap.
The fat cat.
In Shaa Allah
Alhamdullilah.
Tutup semua lampu bila nak tidur. In Shaa Allah.
Let's purify the world by getting rid of the Yehuda and it's cronies. In Shaa Allah.
Alhamdullilah
Alhamdullilah.
Death is better. In Shaa Allah
No more dap. In Shaa Allah.
Orang yang pandai tahu dia tak pandai. Kerana ilmu yang ada pada dia sangat sedikit berbanding dengan ilmu yang ada pada Allah SWT. Alhamdullilah.
Hidup ini satu perjalanan. Alhamdullilah.
Alhamdullilah
Siapa tolak Islam akan binasa. In Shaa Allah
Alhamdullilah
No to dap. In Shaa Allah.
Selamatkan Malaysia. In Shaa Allah.
Bukan hamba manusia. In Shaa Allah.
Ahlan Wasahlan. Alhamdullilah.
In Shaa Allah.